Pulau Pangkor memikat hati dengan pantai berpasir putih yang mempesona, air laut sejernih kristal, dan warisan budaya yang kaya. Terletak di pesisir negeri Perak, ia menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang mencari ketenangan tropika, keindahan alam semula jadi, serta pengalaman tempatan yang autentik
Bilik penginapan yang kami sediakan dilengkapi dengan kemudahan kolam renang dan terletak berhampiran pantai. Setiap bilik dijamin selesa dan bersih, serta dilengkapi dengan kemudahan moden seperti penghawa dingin, televisyen, mandian panas, seterika, pengering rambut, peti ais mini, cerek elektrik dan kemudahan tambahan lain untuk keselesaan anda sepanjang percutian



Standard perkhidmatan terbaik di Pangkor, dengan sentuhan peribadi untuk pengalaman premium dari ketibaan hingga pulang.
PENGINAPAN: Pakej percutian kami menampilkan mutu penginapan 3‑bintang terbaik di Pulau Pangkor, dengan jaminan kualiti makanan dan minuman hasil sentuhan chef berpengalaman
KOORDINAT DAN GUIDE: Setiap perjalanan diatur oleh penyelaras profesional dan dipandu oleh guide berpengalaman, memastikan pengalaman yang lancar dan tersusun
